PROGRAM HEP KONGSI REZEKI: REZEKI DIKONGSI, KASIH DISEMAI
Program HEP Kongsi Rezeki anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), KPTM Bangi membawa mesej “Rezeki Dikongsi, Kasih Disemai” sebagai seruan untuk menyemarakkan budaya berkongsi dan saling mengambil berat.
Penganjuran program ini diharapkan dapat memupuk nilai keprihatinan, kemurahan hati dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kolej. Semangat berkongsi rezeki juga diharap dapat menggalakkan amalan saling membantu serta memperkukuh hubungan antara warga KPTM Bangi.
Semoga usaha ini memberikan manfaat kepada semua yang terlibat dan menyemai budaya prihatin terhadap kebajikan sesama insan, selaras dengan mesej “Rezeki Dikongsi, Kasih Disemai”.