TESL MEET and GREET 2026 ERATKAN HUBUNGAN PELAJAR DAN PENSYARAH
BANGI, 8 Oktober 2026 — The Language Club (TESL Division) telah berjaya menganjurkan program TESL Meet and Greet 2026 di Dewan Besar, KPTM Bangi, sebagai usaha memperkukuh hubungan dalam komuniti TESL.
Program ini menghimpunkan pelajar TESL Semester 1 dan Semester 2, sekaligus membuka ruang kepada para pelajar untuk saling berkenalan, menjalinkan persahabatan baharu serta mengeratkan hubungan dengan para pensyarah Bahasa Inggeris daripada Jabatan Bahasa.
Penganjuran program ini turut menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan pelajar dan pensyarah. Hubungan yang terjalin diharapkan dapat membentuk komuniti TESL yang mesra dan saling menyokong, di samping memberikan dorongan kepada pelajar untuk menjalani pengajian dengan lebih yakin dan bersemangat.
Semoga TESL Meet and Greet 2026 menjadi permulaan kepada jalinan persahabatan yang bermakna serta pengalaman pengajian yang positif buat semua pelajar yang terlibat.
Selamat datang ke keluarga TESL KPTM Bangi!