KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI

KEMUDAHAN PELAJAR

Image
PERPUSTAKAAN AL-GHAZALI
Perpustakaan utama kampus KPTM Bangi, dilengkapi dengan pelbagai sumber bahan rujukan kepada semua pelajar berdaftar serta kakitangan KPTM Bangi. Selain bahan rujukan buku-buku dan artikel, perpustakaan AL-Ghazali juga menyediakan sumber rujukan dalam talian bagi memudahkan capaian kepada pelajar yang belajar di luar kampus. Antara perkhidmatan lain termasuklah menyediakan Bilik perbincangan, Komputer dan WIFI dan juga mesin Fotostat 
Image
MAKMAL KOMPUTER
Makmal komputer umum KPTM Bangi dibuka kepada semua pelajar bagi memudahkan pelajar melayari internet dan menggunakan perkembangan teknologi terkini. Dibuka pada hari Isnin sehingga Jummat dari jam 8:00 Pagi hingga 5:00 Petang, turut menyediakan mesin cetak, namun pelajar perlu membawa kertas cetak sendiri
Image
BILIK KAUNSELING
Kemudahan kaunseling disediakan kepada pelajar bagi memastikan keseimbangan perkembangan intelek dan emosi pelajar dalam menjalani kehidupan sebagai warga KPTM Bangi, pelbagai khidmat disediakan kepada pelajar. Antaranya, nasihat kerjaya, masalah hubungan, mental illness dan juga nasihat pembelajaran. Perkhidmatan tersedia dari jam 8:00 AM sehingga 5:00PM
Image
FASILITI SUKAN
Fasiliti sukan KPTM Bangi dilengkapi dengan pelbagai peralatan sukan dan padang untuk kegunaan pelajar dalam aktiviti riadah harian. Gimnasium KPTM Bangi terbuka kepada semua pelajar pada setiap hari dan boleh digunakan dengan hanya perlu mendaftar masuk di kaunter gimnasium. Selain itu, KPTM Bangi turut menyediakan gelangang futsal, gelangang bola tampar, gelangang bola keranjang, table pingpong serta gelangang badminton
Image
SURAU
Surau KPTM Bangi terletak ditengah-tengah kampus bagi memudahkan pelajar menunaikan solat fardhu, surau KPTM Bangi akan sentiasa terbuka kepada warga KPTM bagi memenuhi kewajipan agama. Terdapat juga beberapa aktiviti dan ceramah agama pada hari jumaat
Image
KAFETERIA
Kafeteria KPTM Bangi menyediakan pelbagai juadah yang menarik dan menyelerakan kepada semua. Mula beroperasi sewal jam 7:30 AM, kafetaria KPTM Bangi menyediakan juadah sarapan termasuklah kuih muih tradisional, turut menyediakan makanan tengahari dengan pelbagai masakan melayu seperti ikan masak sambal, ayam kicap, sayur kangkung dan pelbagai juadah melayu yang lain
Image
PONDOK REHAT DAN MESIN AIR
Bagi memudahkan pelajar yang perlu menghadiri kelas dari pagi sehingga petang, KPTM Bangi dilengkapi dengan banyak pondok rehat di beberapa kawasan strategik agar pelajar tidak perlu berulang alik dari asrama ke kampus, disediakan juga mesin air Cukko di sekitar kawasan KPTM Bangi agar pelajar dapat menikmati air bersih dan berkualiti secara percuma, namun begitu mesin air berbayar juga disediakan untuk mereka yang ingin menikmati air manis berkarbonat

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING