Bahagian Hal Ehwal Pelajar

UNIT KEBAJIKAN PELAJAR

Bahagian Kebajikan pelajar berfungsi untuk memberi bantuan memastikan kebajikan pelajar terjamin

Antara khidmat yang diberikan kepada pelajar adalah :-

  • Insurans Pelajar
    • Perlindungan insuran di bawah Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad
    • Tempoh perlindungan : 1 tahun
    • Jenis tuntutan insuran pelajar :
      • Tuntutan insuran kemalangan pelajar
      • Tuntutan insuran kematian pelajar
    • Pihak syarikat insuran akan menentukan sama ada tuntutan diluluskan atau tidak
  • BANTUAN PERBELANJAAN RAWATAN PERUBATAN PELAJAR
    • Surat Jaminan Perubatan (GL) hanya diberikan kepada pelajar yang menghidapi penyakit selain daripada kriteria penyakit yang telah ditetapkan dalam pekeliling KUPTM/KPTM
    • Hanya boleh digunakan di hospital/klinik kerajaan atau hospital kelolaan universiti awam malaysia (HUKM, HUSM dan sebagainya)
    • Kelayakan wad adalah Wad Kelas dua
    • Jumlah perbelanjaan rawatan : RM 10,000.00 setahun
  • KERTAS KERJA SUMBANGAN ATAP
    • Kemalangan (pelajar)

      Lampiran yang diperlukan: Gambar kecederaan

    • Pelajar menghidap penyakit kronik

      Lampiran yang diperlukan: Salinan memo/nota makluman daripada pihak hospital

    • Kematian ibu/bapa/ penjaga berdaftar

      Lampiran yang diperlukan:

      • Salinan sijil kematian ibu/bapa/ penjaga berdaftar
      • Salinan sijil lahir pelajar

    • Kematian pelajar

      Lampiran yang diperlukan: Salinan sijil kematian pelajar

  • BANTUAN OKU DARIPADA KPT
    • Makluman kepada pelajar OKU

      Pegawai Unit Kebajikan akan memberikan makluman melalui email, sms dan panggilan telefon

    • Permohonan Bantuan OKU

      • Pelajar mengisi borang permohonan Bantuan OKU dan menyediakan dokumen yang diperlukan
      • Pelajar menyerahkan borang dan dokumen tersebut kepada Pegawai Unit Kebajikan melalui email atau serahan tangan
    • Jumlah bantuan yang diterima

      Bantuan OKU yang diterima adalah tidak melebihi RM5000 setahun atau RM15 000 sepanjang tempoh pengajian

    • Kadar bantuan

      Kadar bantuan adalah wang saku RM300/bulan dan bakinya adalah bantuan yuran pengajian tertakluk kepada RM5000 setahun bagi kedua-dua bantuan.

    • Maklumat tambahan

      Sekiranya bantuan OKU yang diterima tidak mencapai RM5000 setahun, lebihan tersebut tidak akan dibayar kepada pelajar dan tidak akan dibawa ke hadapan

    • Cara bantuan diberikan

      Bayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada pihak kolej manakala elaun wang saku akan dimasukkan ke akaun bank pelajar

  • PERMOHONAN SKIPMA PELAJAR

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING