Bahagian Akademik

SEKTOR PENDAFTARAN
DAN REKOD STATISTIK

KETUA PENOLONG PENGARAH

PN ROSIMA BINTI MUSA

rosima@gapps.kptm.edu.my

PENOLONG PENGARAH

PN. ERNIE BT ZAKARIA

ernie@gapps.kptm.edu.my

PENOLONG PENGARAH

PN.ADIBAH BT MUSLIM

adibah@gapps.kptm.edu.my

KERANI KANAN

PN.NOOR KHAZAMI BT NOORDIN

khazami@gapps.kptm.edu.my

KERANI KANAN

PN.FAUZIANA BT ABDUL MALIK

fauziana@gapps.kptm.edu.my

KERANI

EN. MOHAMMAD AIZAD FAHMI BIN ABD KHALIL

aizad@gapps.kptm.edu.my
Sektor Pendaftaran dan Rekod Statistik (SPRS) merupakan salah satu unit sokongan akademik dan mempunyai beberapa fungsi. SPRS menjalankan pendaftaran pelajar serta pendaftaran kursus yang ditawarkan oleh pihak KPTM Bangi. SPRS juga bertanggungjawab terhadap rekod pelajar dan semua berkaitan dengannya, termasuk pengesahan status pelajar dan pengedaran skrol serta transkrip. SPRS KPTM Bangi terdiri daripada 5 orang kakitangan yang bertanggung jawab bagi menjalankan tugas dan amanah yang diberi.

Perkhidmatan SPRS ialah :

1. Menguruskan Pendaftaran Pelajar.

 

Pelajar Baharu

Pelajar baharu perlu mendaftar diri mengikut tarikh yang telah ditetapkan pada surat tawaran. Tawaran adalah terbatal sekiranya pelajar tidak melapor diri dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh tersebut.

 

Pelajar Lama

Pelajar yang layak meneruskan pengajian perlu mendaftar semula mengikut tarikh yang akan ditentukan dan tidak lewat dari 2 minggu daripada tarikh pendaftaran semula serta tertakluk kepada Peraturan Akademik.

 Dokumen yang perlu di bawa semasa mendaftar:

  1. 1 salinan Slip Pra Pendaftaran Kursus (PPK)
  2. 1 keputusan peperiksaan semester sebelumnya
  3. Bukti bayaran yuran pendaftaran.

 

2. Menguruskan Permohonan Kad Pelajar

Pelajar yang kehilangan kad pelajar perlu membuat pembayaran di kaunter kewangan dan menyerahkan borang beserta 1 keping gambar berukuran passport.

 

3. Menguruskan Pendaftaran Kursus

Pelajar perlu mendaftar dan membuat pengesahan untuk setiap kursus pengajian yang telah ditetapkan berdasarkan kepada struktur sesuatu program pengajian yang diambil mengikut tempoh dan masa yang ditetapkan tertakluk kepada Peraturan Akademik.

 

4. Pengemaskinian Tambah / Gugur Kursus

Pelajar dibenarkan untuk menambah atau gugur mana- mana kursus dalam tempoh 2 minggu pertama setelah kuliah bermula dan tertakluk kepada Peraturan Akademik.

 

5. Menguruskan Permohonan Cuti Khas/Tangguh Pengajian

Pelajar boleh memohon cuti khas/tangguh pengajian atas sebab- sebab yang munasabah dan diluluskan oleh Pengarah.Tempoh cuti khas/tangguh pengajian tidak diambil kira sebagai tempoh pengajian di kolej.

Setiap permohonan cuti khas/tangguh pengajian hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Cuti Khas/Tangguh Pengajian dengan melampirkan dokumen-dokumen berkaitan selewat-lewatnya sebelum peperiksaan akhir.

Yuran permohonan RM100 (tidak dikembalikan) dikenakan bagi setiap permohonan cuti khas.

 

6. Pengesahan Status Pelajar

Pihak SPRS mengeluarkan surat pengesahan status pelajar sekiranya diperlukan untuk berurusan dengan pihak luar.

 

7. Pengemaskinian Maklumat Peribadi Pelajar

Pelajar perlu memaklumkan kepada SPRS akan sebarang pertukaran maklumat peribadi untuk di kemaskini di dalam CMS.

 

8. Permohonan Berhenti Kolej

Pelajar yang ingin berhenti atau menarik diri daripada meneruskan pengajian perlu melengkapkan borang yang disediakan di SPRS.

 

9. Pengedaran Skrol dan Transkrip

Pelajar yang telah tamat pengajian boleh mengambil skrol dan transkrip pelajar selepas majlis konvokesyen.

 

Sektor Pendaftaran dan Rekod Statistik boleh dihubungi di talian 03-89259776 sambungan 228 atau melalui emel sprsbg@gapps.kptm.edu.my

 

 

 

 

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING