Bahagian Operasi

SEKSYEN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

PENOLONG PENGURUS

EN. MOHD RUZAINI BIN RAJALDIN

[email protected]

EKSEKUTIF

PN. FARAH DAMIA' BINTI MOHD KUDZI

[email protected]

JURUTEKNIK

EN. MOHD SUKRY BIN ALI RAUS

[email protected]

JURUTEKNIK 

EN. KHAIRUL ANWAR BIN HUSIN

[email protected]

JURUTEKNIK 

EN. MOHD FIRDAUS BIN MUHAMAD

[email protected]

Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) KPTM Bangi merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab di dalam menguruskan segala perkakasan dan peralatan yang berkaitan dengan ICT rangkaian. Perkhidmatan ICT yang dibekalkan oleh JTM KPTM Bangi meliputi kesemua pengguna di KPTM Bangi.

Buat masa ini, pihak JTM dalam usaha untuk menambahbaik mutu perkhidmatan. Sekiranya terdapat sebarang masalah yang berkaitan ICT, anda boleh merujuk terus ke pejabat JTM yang beroperasi di Lobi Akademik KPTM Bangi.

Waktu operasi pejabat JTM KPTM Bangi ialah seperti berikut:

Hari Isnin hingga Khamis adalah 8.00pg hingga 6.00ptg

Hari Jumaat adalah 8.00pg hingga 12.30tgh dan dibuka semula pada 2.45ptg hingga 6.00ptg

 

JTM KPTM Bangi juga ada menyediakan kemudahan Makmal Pelajar (Open LAB) bagi memudahkan pelajar. Kemudahan yang disediakan adalah termasuk 20 set komputer serta 2 set printer. Open LAB ini beroperasi setiap hari seperti jadual berikut:

Hari Isnin hingga Khamis adalah 8.45pg hingga 5.30ptg

Hari Jumaat adalah 8.45pg hingga 12.30tgh dan dibuka semula pada 3.00ptg hingga 5.30ptg

 

Pihak JTM KPTM Bangi ada menyediakan borang bagi tujuan tertentu. Anda boleh terus memuat turun borang ini dengan mengklik nama borang tersebut.

 

SENARAI BORANG YANG TERDAPAT DI JTM KPTM Bangi

1) Borang Permohonan CMS/E-Mel (untuk kegunaan kakitangan KPTM Bangi)

2) Borang Senggaraan Komputer (untuk kegunaan kakitangan KPTM Bangi)

3) Borang Tempahan Perkakasan ICT (untuk kegunaan kakitangan KPTM Bangi)

 

PROSEDUR PERMOHONAN SENGGARAAN ICT (UNTUK RUJUKAN KAKITANGAN KPTM BANGI)

Sekiranya kakitangan mempunyai sebarang masalah atau ingin membuat sebarang aduan, anda boleh berbuat demikian dengan mengikut langkah-langkah di bawah.

1) Mengisi borang yang disediakan di atas atau datang mengisi borang di pejabat JTM KPTM Bangi.

2) Juruteknik akan membuat temujanji dengan anda.

3) Pastikan berada di bilik dan bersedia untuk menerima kunjungan juruteknik pada masa yang dijanjikan.

4) Jika anda ada hal-hal kecemasan di saat akhir, sila maklumkan kepada juruteknik.

5) Sekiranya hanya terdapat seorang sahaja juruteknik di pejabat pejabat JTM, kami memohon supaya bersabar kerana pihak JTM memerlukan sekurang-kurangnya seorang staf/juruteknik bersedia di pejabat untuk menguruskan pejabat.

PANDUAN LCD PROJECTOR

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING