17

OGS, 2022

PILIHANRAYA MPP KAMPUS KPTM BANGI

 NOTIS PILIHANRAYA (Sesi 2022/2023)

  1. Dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Bangi bagi Sesi 2021/2022 adalah DIBUBARKAN berkuatkuasa 08 Ogos 2022 berdasarkan kepada memo yang dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar Ibu Pejabat (KPTM.IP.BHEP.MPP.21(10) bertarikh 02 Ogos 2022).
  2. Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KPTM Bangi bagi sesi 2022/2023 adalah seperti berikut:
  • Penamaan Calon   : 15 Ogos 2022 (Isnin) - 18 Ogos 2022 (Khamis)
  • Pengesahan Calon : 19 Ogos 2022 (Jumaat)
  • Tempoh Berkempen: 20 Ogos 2022 (Sabtu) – 29 Ogos 2022 (Isnin)
  • Pilihanraya   : 30 Ogos 2022 (Selasa)
  • Pengumuman Keputusan Pilihanraya - 30 OGOS 2022 (SELASA)
  • Link Mengundi : http://cmsbg.kptm.edu.my:8011/cms/mpp/

 

  1. Syarat- Syarat Umum Kelayakan Menjadi Calon
  • Pelajar yang mendaftar pengajian secara mode sepenuh masa.
  • Sedang mengikuti pengajian dan berstatus Aktif (semasa) di Semester 2, 3 atau 4.
  • Mendapat sokongan daripada Bahagian Akademik (Ketua Jabatan/ Dekan/ Timbalan Pengarah Akademik/ Mentor/ Penasihat Akademik)
  • Mempunyai CGPA/ PMK tidak kurang daripada 2.50 bagi pelajar Diploma atau 50% bagi pelajar Program Sarjana Muda (DBS) atau Program Profesional
  • Tidak pernah dikenakan sebarang tindakan disiplin/ tatatertib.
  1. Panduan Umum Pemilihan MPP - Kolej Poly-Tech MARA Bangi akan melaksanakan Pilihanraya MPP secara online melalui Mod Terbuka (Open Mode)
  • Pemilihan MPP secara Open Mode merupakan pemilihan MPP yang dipertandingkan secara terbuka di mana calon tidak dipertandingkan mengikut jawatan atau exco MPP tertentu yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pilihanraya.

 

  1. Peraturan Berkempen
  • Hubungan Dengan Pihak Luar Setiap calon atau wakil calon haruslah memastikan bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan pihak luar universiti/ kolej bersabit dengan Pilihan Raya Pemilihan MPP ini.
  • Pidato Umum dan Kempen - Calon atau wakil calon dibenarkan menyampaikan pidato umum bagi memperkenalkan calon-calon yang bertanding di media sosial yang bersesuaian seperti Whatsapp, Instagram, Facebook, Twitter, Youtube, Tiktok atau laman web khas yang disediakan oleh pihak KPTM Bangi. Tempoh berkempen akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pilihanraya KPTM Bangi. Calon perlu memaklumkan kepada pihak Jawatankuasa Pilihanraya KPTM Bangi mengenai butiran kempen sebelum ianya dijalankan melalui platform media sosial.
  • Calon atau wakil calon tidak dibenarkan menyampaikan pidato umum dengan mengaitkan Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar ini dengan mana-mana pihak melainkan untuk menjelaskan visi kepimpinan peribadi ke arah kebajikan mahasiswa..
  • Calon atau wakil calon boleh menerbit, membahagi atau mengedarkan apa-apa dokumen yang berkaitan dengan kempen dalam tempoh kempen yang dibenarkan sahaja.

 

  1. Bahan Kempen
  • Calon atau wakil calon boleh menerbitkan poster calon, manifesto atau hal berkaitan visi dan misi calon. Ia boleh diedar dan dipaparkan oleh calon atau wakil calon melalui aplikasi Whatsapp, Instagram, Telegram, Facebook, Twitter, Youtube, atau laman web khas yang disediakan oleh pihak KPTM Bangi dalam tempoh berkempen yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pilihanraya KPTM Bangi.

 

  1. Peringatan: Kesalahan-Kesalahan
  • Calon-calon yang bertanding atau wakil calon adalah dikehendaki juga mematuhi etika dan peraturan Kolej Poly-Tech MARA yang sedang berkuatkuasa.
  • Calon dilarang untuk melakukan kesalahan ‘jenayah’ atau ‘sivil’ yang bercanggah dengan pihak berkuasa sepanjang tempoh kempen. Jika calon melakukan kesalahan tersebut, adalah menjadi tanggungjawab calon sendiri.

 

DISEDIAKAN OLEH:

Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihanraya KPTM Bangi

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej Poly-Tech MARA Bangi

 

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING