19

MAY, 2023

KARNIVAL KEBUDAYAAN KESENIAN ISLAM (KALAM) KPTM SE-MALAYSIA 2023

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi mengungguli pertandingan Karnival Kebudayaan & Kesenian Islam KPTM Se-Malaysia (KALAM) 2023 yang diadakan di KPTM Kota Bharu, pada 17 dan 18 Mei lalu.
Selaku juara keseluruhan, KPTM Bangi membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 dan piala pusingan. Manakala gelaran naib juara disandang tuan rumah iaitu KPTM Kota Bharu yang membawa pulang hadiah wang tunai RM800 dan pemenang tempat ketiga dimenangi oleh KPTM Ipoh dengan hadiah wang tunai RM500.
Majlis ini dirasmikan oleh YBhg Encik Mohd Sahidi Bin Yaakob, Timbalan Presiden Akademik Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB. Turut hadir pada majlis penutup KALAM 2023 ialah Encik Ramli Bin Mohd Jawi, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar, Pengarah-Pengarah Kolej Cawangan, para pengiring setiap kampus dan para peserta KALAM.
Seramai 95 peserta yang terlibat dalam Karnival Kebudayaan & Kesenian Islam KPTM Se-Malaysia (KALAM) ini, melibatkan acara seperti nasyid, hafazan, tulisan jawi, azan & iqamah, khutbah serta tilawah.
Acara Nasyid memperlihatkan enam kumpulan telah bertanding melibatkan 30 peserta. Pertandingan Tilawah melibatkan lapan peserta, acara Khutbah seramai 10 orang manakala Azan seramai 12 orang. Bagi pertandingan Tulisan Jawi pula, seramai 13 peserta telah mengambil bahagian, manakala Hafazan melibatkan 22 peserta.

 

 

SYABAS DAN TAHNIAH KPTM BANGI

JOHAN KESELURUHAN

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐏𝐓𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐊𝐀𝐋𝐀𝐌) 𝟐𝟎𝟐𝟑

Nasyid - Juara
KPTM BANGI

Tulisan Jawi -
Tempat ke-3
NURUL KHAIRUNNISAA BINTI NAZMI

Azan & Iqamah -
Tempat ke-3
MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN MOHD NAZID

Tilawah Al-Quran (Qari) -
Tempat ke-2
AHMAD ATTIQUR'RAHMAN BIN AHMAD ZULKURNAIN

Hafazan (Surah Pilihan Al-Mulk, As-Sajadah & Luqman) -
Juara
AHMAD TAUFIQ BIN AHMAD TERIDI
&
Tempat ke 3
NUR IZZATI BINTI NOOR AZMAN

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING