Satu majlis menandatangani Kerjasama Strategik antara KPTM Bangi dengan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat bagi menambah baik kaedah pengurusan intervensi berdasarkan budaya Institusi masing-masing serta bertukar-tukar pendapat untuk melihat amalan yang terbaik yang telah diamalkan telah berlangsung di KPTM Bangi pada hari ini. Majlis ini disempurnakan oleh Pengarah KPTM Bangi, Encik Ku Mohd Akhir bin Ku Saad bersama Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, Encik Zaiazman bin Zainudin@Hilmi.