24

OCT, 2023

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEKABA DAN STAF KPTM BANGI

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah sumbangan daripada Tabung Pn. Khalila dan sumbangan khas KEKABA telah disampaikan di dalam Majlis Ramah Mesra Pengerusi KPTMSB di ibu pejabat pada 13/10/2023 (Jumaat) yang lalu. Sumbangan keseluruhan yang disampaikan adalah berjumlah RM7,050 dan alhamdulillah telah dipindahkan ke akaun Pn. Khalila pagi ini. Pihak KEKABA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua staf yang sangat budiman dalam membantu beliau dari sudut semangat, material dan wang ringgit. Semoga bantuan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga beliau untuk bangkit semula. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian semua. Semoga semangat silaturrahim antara kita kekal hingga ke akhir hayat, InsyaAllah. Terima kasih. KEKABA

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING