25 Oktober 2023 (Kuantan) - Taklimat program Bachelor in Accounting & Finance Collaboration with Dublin Business School telah diadakan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) pada 25 Oktober yang lalu. Taklimat telah diberikan oleh Dekan Jabatan Perakaunan, Koordinator program BAAF, dan Pegawai Pengambilan KPTM Bangi kepada pelajar POLISAS. Semoga taklimat ini dapat membantu pelajar-pelajar POLISAS untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak POLISAS kerana memberi peluang untuk memberi taklimat tersebut.