9

JAN, 2024

KARNIVAL MOODAFEST 2024

7 Januari 2024 | Kuala Lumpur KPTM Bangi berpeluang mengiringi Yang Berhormat Mulia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industry Malaysia ke Karnival Moodafest 2024 yang bertempat di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur pada 7 Januari 2024. Seramai 10 orang pelajar dari program BA (Hons) in Accounting and Finance dan seorang staf HEP mewakili KPTM Bangi ke Karnival Moodafest 2024. Karnival tersebut yang bertemakan “Back To School” diadakan untuk membantu usahawan khususnya dari kalangan golongan belia dan memberi ilmu tentang dunia perniagaan. Sebanyak 33 vendor yang terlibat, iaitu 17 booth menjual makanan, manakala 16 vendor lagi menjual pakaian, beg dan alatan solekan. Terima kasih diucapkan kepada penganjur, Kelab Belia Kreatif Mont Kiara kerana menjemput KPTM Bangi dan institusi pendidikan yang lain menyertai karnival ini.

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING