19

FEB, 2024

DIGITAL BANK DAN LALUAN KERJAYA PELAJAR

Pelajar yang baik merupakan pelaburan untuk masa depan negara.Walaupun masa depan negara banyak bergantung kepada kecemerlangan ekonomi,namun ia juga turut bergantung kepada peradaban,nilai dan mutu warganya,terutama bagi mereka yang berilmu dan bakal mengisi ruang kuota kelas pertengahan dalam masyarakat.(Memori Bukan Memoir-Dr Maszlee Malik)
Atas inisiatif ini, jawatankuasa pelaksana AF101 (Diploma In Islamic Banking And Finance) serta kerjasama dari Jabatan Pengajian Umum telah menjemput mantan penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),Datuk Ahmad Hizzad ke KPTM Bangi bagi menyampaikan ucapan dan kata-kata semangat kepada pelajar Diploma In Islamic Banking And Finance pada 15/2/2024 yang bertempat di Auditorium Utama KPTM Bangi.Program juga turut diserikan dengan kehadiran Puan Kartina Binti Ariffin dari Ibfim,selaku Panel Penasihat Industri Program AF101.
Seramai 200 pelajar daripada jurusan ini telah didedahkan dengan ilmu dan pengalaman yang cukup berharga sepanjang perjalanan karier beliau didalam dunia korporat.
Penekanan pada pelajar ditekankan melalui cara fikir yang matang untuk menjadikan seorang pelajar berkualiti, berdaya saing dan bertamadun.
Selaras dengan Dokumen Hala Tuju Ipts 2020-2025 pihak KPTM Bangi komited dalam memperkasakan pelajar dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat supaya pelajar akan menjadi graduan yang unggul dan selari dengan pembangunan negara ke arah lebih berdaya saing dan berkualiti pada masa hadapan.
Antara topik perbincangan dan persoalan yang berjaya dirungkaikan adalah berkenaan FinTech dalam perbankan Islam, AI ( Artificial Intelligence),Digital Bank, Takaful,Zakat dan isu semasa berkaitan dengan ekonomi seperti inflasi negara,kadar OPR dan halatuju perbankan Islam kearah global

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING