21

MAY, 2024

FORUM CEO INDUSTRI @ KPTM BANGI

"Malaysia perlu bergerak pantas untuk menerajui bidang tujahan masa hadapan selari dengan ledakan transformasi digital global," - PMX
Itulah kata-kata yang diungkapkan ketika membentangkan belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023.
Selaras dengan ucapan sebegitu dari Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim,pihak Jawatankuasa Pelaksana Diploma In Islamic Banking and Finance dari KPTM Bangi yang diketuai oleh Ketua Jabatan Pengajian Umum, Alfadhil Ustaz Nazir bin Mat Yunoh tanpa berlengah masa memandang ke depan terus merangka pelan pemerkasaan Ai untuk disajikan kepada pelajar untuk tahun 2024.
Demi "job satisfaction" serta kesibukan menguruskan kerja hakiki di pejabat tidak menjadi batu penghalang kepada pasukan ini untuk terus berbakti kepada agama dan bangsa dalam memastikan seruan kerajaan disambut baik oleh semua pihak dan seterusnya menyokong penuh usaha kerajaan ini dalam memastikan semua pihak terutama pelajar mendapat ilmu yang bermanfaat mengenai Ai dan keupayaan transformasi digital sebagai bekal kepada pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan pada masa hadapan.
Bertempat di Auditorium Utama Bangunan Integrasi Kolej Poly-Tech MARA Bangi dan pada hari keramat tarikh Hari Guru 16 Mei menjadi saksi buat julung kalinya pihak Ahli Jawatankuasa Pelaksana Diploma In islamic Banking and Finance (AF101) telah menganjurkan satu forum khas yang bertemakan Ai.
Kedatangan Tuan Haji Ts. Othman Bin Abdullah selaku CEO Islamic Finance Silverlake Axis telah membuka mata, menajamkan minda dan melakukan lompatan saujana yang segar dan baru tentang dunia Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam kewangan perbankan Islam.
Seramai 240 pelajar jurusan Diploma In Islamic Banking and Finance telah menyertai program tersebut dan tidak seperti program kebiasaan yang lain di mana kesemua pelajar perlu menjawab borang maklum balas mengenai AI terlebih dahulu sebelum penceramah memulakan ucapan mengenai perkara terbabit.
Setelah dibentangkan hasil kajian serta tindak balas yang telah dilakukan,penceramah memulakan majlis dengan menceritakan serba sedikit mengenai perancangan Malaysia ke arah ledakan teknologi industri serta proses-proses yang berkaitan teknologi didalam sektor kewangan terutamanya dalam perbankan Islam.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Ts. Othman Bin Abdullah selaku CEO Islamic Finance Silverlake Axis kerana sudi meluangkan sedikit masa beliau untuk memberikan ceramah dan pendedahan serta ilmu yang baru mengenai Ai kepada pelajar.

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING