29

MAY, 2024

MAJLIS MENANDATANGANI KERJASAMA STRATEGIK KPTM BANGI BERSAMA SEKOLAH ANGKAT

24 Mei 2024, Jumaat - Satu majlis Sesi Menandatangani Kerjasama Strategik Kolej Poly-Tech MARA Bangi bersama sekolah-sekolah angkat, telah diadakan di Bangunan Integrasi, di sini hari ini.
 
Hadir bersama menyempurnakan sesi ini ialah YBhg. En. Mohd Sahidi bin Yaakob, Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan KPTM Sdn. Bhd., En. Ku Mohd Akhir bin Ku Saad, Pengarah KPTM Bangi, En. Wan Ahmad Faezal bin Wan Nawi, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan, Pejabat MARA Selangor dan Cik Siti Rodziah binti Ahad, Timbalan Pengarah (Pembangunan) Pejabat MARA Negeri Sembilan.
 
Manakala wakil sekolah-sekolah angkat yang hadir dan menandatangani kerjasama strategik ialah En. Murad bin Nordin, Pengetua Cemerlang SSNS SMK Za'ba dan Tuan Ibrahim bin Ishak, Pengetua Cemerlang SMK Saujana Impian serta pengetua-pengetua sekolah angkat.
 
 

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING