30

JUL, 2024

YB DATUK SERI JALALUDDIN ALIAS RASMI KARNIVAL IPMA NEGERI SEMBILAN 2024

22 Julai 2024, Isnin - Exco Kanan Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi, Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, hari ini merasmikan Karnival Pendidikan Institusi MARA (IPMA) Negeri Sembilan 2024, di Palm Mall, Seremban.
Usai perasmian, YB Datuk Seri Jalaluddin meluangkan masa untuk acara walkabout ke booth-booth pameran yang terlibat dalam Karnival IPMA Negeri Sembilan 2024.
Antara yang hadir dalam majlis ini ialah YB Dato' Mohd Zaidy bin Abdul Kadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Jeram Padang, Jempol, En. Abdul Manab bin Abdul Majid, Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, En. Radzuan bin Razali, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd., En. Mohd Sahidi bin Yaakob, Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan KPTMSB, En Mohamed Saifuddin bin Hussin, Ketua Pegawai Operasi KPTMSB, Prof Madya Dr. Nizam bin Mohd Jali, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING