Pada 15 Ogos 2024, Majlis Amanah Rakyat Ibu Pejabat telah memohon slot bagi pelaksanaan Program Seminar Bijak Mengurus Wang (SEMBAWANG) 2024. Program ini merupakan program di bawah inisiatif MARA Youth Investment Program (My-INVEST) yang menyasarkan penglibatan pelajar-pelajar KPTM Bangi. Seramai 134 orang pelajar telah hadir ke program ini.
Program ini telah dilaksanakan di Auditorium, Kolej Poly-Tech Mara Bangi. Seramai 134 orang pelajar telah berjaya menyertai Program ini.
Terima kasih kepada pihak ASNB dan juga PNB yang telah sudi berkongsi taklimat kewangan ini kepada para pelajar.