18

OCT, 2024

Sumbangan Barangan Makanan Kering Program Fidyah MAIS

Sumbangan Barangan Makanan Kering Program Fidyah MAIS : Meringankan Beban Pelajar Asnaf KPTM Bangi Alhamdulillah semalam (17 Oktober 2024), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah menerima sumbangan dari wakil pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Program mulia ini bertujuan untuk menyokong pelajar asnaf yang menghadapi kesulitan dalam memenuhi keperluan makanan dan memastikan mereka dapat fokus pada pendidikan. Pengarah KPTM Bangi, Tuan Haji Ku Mohd Akhir Bin Ku Saad telah hadir menerima sumbangan di Pejabat HEP. Turut hadir ialah pegawai-pegawai HEP dan Majlis Perwakilan Pelajar yang bersama-sama membantu menguruskan penerimaan barangan makanan dari MAIS. Pihak HEP akan menguruskan pengagihan dengan kadar segera kepada pelajar-pelajar asnaf yang disenaraikan. Insyaallah diharap di masa depan pihak MAIS dapat menghulurkan lagi bantuan seumpama ini. Syukur alhamdulillah dan terima kasih Bahagian Pembangunan Sosial MAIS.

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING