MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM INDUKSI PELAJAR BAHARU SESI NOVEMBER 2024
8 Disember 2024, Ahad
Satu majlis perasmian penutup bagi program induksi pelajar baharu Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) bagi sesi November 2024, telah diadakan di KPTM Bangi hari ini.
Seramai 4,052 pelajar baharu sesi November menghadirkan diri dalam majlis ini yang diadakan secara atas talian bagi kampus cawangan dan bersemuka di KPTM Bangi.
Antara agenda yang diadakan ialah ucapan aluan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB), En Raduan bin Razali, ucapan dan perasmian yang disempurnakan Pengerusi KPTM Sdn. Bhd., YB Dato' Haji Shamshulkahar bin Haji Mohd Deli, bacaan ikrar pelajar serta persembahan nyanyian oleh pelajar KPTM Bangi.
Antara yang hadir pada majlis ini ialah Ketua Pegawai Operasi, En Mohamed Saifuddin bin Hussin, Pengarah KPTM Bangi, En Ku Mohd Akhir bin Ku Saad, Pengarah Bahagian Akademik Ibu Pejabat KPTM, Pn Rosmawati binti Hamzah, Ketua Seksyen Institusi Pengajian, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), En. Mohd Kamal bin Mohd Affandi, pengarah-pengarah kolej kampus cawangan secara atas talian, barisan pengurusan dan staf KPTM Bangi.
Terdahulu, pelajar baharu sesi November ini turut didedahkan dengan kefahaman berkaitan kenegaraan Malaysia melalui ceramah oleh penceramah Akademi Kenegaraan Malaysia, En. Mohd Kamal bin Mohd Affandi.
#CORPCOM #KKDW #MARA #MARACORP #KPTM #UPTM #towardsnextlevelofexcellence