MAIS SUMBANG RM611,150, BANTU RINGANKAN BEBAN PELAJAR ASNAF KPTM BANGI
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah menerima sumbangan berjumlah RM611,150 daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik dengan Rakan Industri pada 28 November di Hotel Bangi Resort.
Sumbangan mulia ini bertujuan meringankan beban pelajar asnaf KPTM Bangi, menyokong mereka yang menghadapi kesulitan dan memastikan mereka dapat fokus menuntut ilmu.
Acara penyerahan replika cek MAIS ini telah disempurnakan oleh Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS, Dr. Hajah Noraini binti Nordin, kepada Pengarah KPTM Bangi, En. Ku Mohd Akhir bin Ku Saad.
Hadir bersama menyempurnakan sesi ini ialah Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan KPTM Sdn. Bhd, En. Mohd Sahidi bin Yaakob, dan pengurusan Bangi serta kakitangan kampus.
Manakala wakil rakan strategik yang hadir ialah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Nadim Swim School, Ormond Group dan Bubbles O2.
#CORPCOM #KKDW #MARA #MARACORP #KPTM #UPTM #towardsnextlevelofexcellence