26

JAN, 2025

SPRM KONGSI MESEJ ANTIRASUAH

SPRM KONGSI MESEJ ANTIRASUAH BERSAMA 41 TENAGA PENGAJAR KIAR KPTM BANGI

PUTRAJAYA, 23 Jan - Teruja dengan perkongsian pengalaman dan contoh-contoh sebenar kesalahan rasuah, yang dikongsikan oleh Psk Che Azmin bin Che Soh dan Ps Maharidzwan bin Mahadzir, seramai 41 orang tenaga pengajar yang terdiri dari para pensyarah Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi yang mengajar matapelajaran wajib di bawah Strategi Pembenterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028, Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR).

Rombongan pensyarah yang diketua oleh Ust Mohd Nazir bin Md Yunoh, Dekan fakulti Kewangan dan Perbankan Islam telah di bawa melawat fasiliti di sekitar bangunan Ibu Pejabat SPRM yang menjadi denyut nadi usaha pencegahan rasuah di Malaysia.

Rombongan tersebut juga di bawa melawat ke Konti Radio MACC.fm, kemudahan di Aras 7 dan Jambatan yang menghubungkan diantara blok B dan C bagi melihat pemandangan sekitar Putrajaya.

Selain dari itu, sesi lawatan dan taklimat yang diadakan tersebut juga memberi ruang kepada kesemua pensyarah bagi mendapatkan penjelasan yang lebih komprehensif berkenaan isu-isu semasa yang dapat membantu mereka menjelas dan merungkai persoalan-persoalan yang membantu sewaktu sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) nanti.

Dalam ucapan ringkas penutup lawatan, Ust Nazir menzahirkan harapan agar sesi perkongsian seperti ini dapat diadakan oleh pihak SPRM kerana ini membantu dalam penyampaian yang lebih jelas dan berkesan oleh para pensyarah KIAR.

#SPRMPencegahan
#SPRMMalaysia

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING