10

FEB, 2025

MAJLIS PENYAMPAIAN MAFLA KEPADA PELAJAR KPTM BANGI

7 FEBRUARI 2025


MAJLIS PENYAMPAIAN MAFLA KEPADA PELAJAR KPTM BANGI PROGRAM BA (Hons) IN ACCOUNTING AND FINANCE - DUBLIN BUSINESS SCHOOL YANG MENYERTAI LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE DUBLIN BUSINESS SCHOOL IRELAND


Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah KPTM Bangi, En Ku Mohd Akhir Bin Ku Saad di Pejabat Pengarah.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang suasana pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Dublin Business School, Ireland.

Selain itu lawatan ini dapat mengukuhkan lagi jalinan usahasama di antara KPTM Malaysia dan DBS Ireland.

Lawatan ini akan memberi pengalaman antarabangsa kepada para pelajar, memperkukuhkan jaringan profesional mereka yang berguna di masa depan serta memberi peluang melaksanakan pembelajaran secara interaktif.

Semoga selamat pergi dan selamat kembali. Fi Amanillah.

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING