LEADERSHIP TALK: KETUA PENGARAH MARA KONGSI PENGALAMAN MENTADBIR ORGANISASI MARA
13 Februari 2025, Khamis
Menekankan empat sifat mulia Rasullah SAW iaitu siddiq, amanah, fatonah dan tabligh sebagai kualiti yang perlu ada sebagai seorang pemimpin, menjadi teras dalam sesi Leadership Talk Bersama Ketua Pengarah MARA, hari ini di Dewan Auditorium, KPTM Bangi.
Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, meluangkan masa kira-kira dua jam dalam sesi Leadership Talk yang diadakan secara bersemuka dan juga atas talian bersama pengurusan, staf dan pelajar Kolej Poly-Tech MARA, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).
“Saya selalu mengingatkan tentang empat sifat Rasulullah SAW ini dalam menjalankan tugas atau kerja selama mana berkhidmat di MARA,” kata Dato’ Sri.
Seterusnya, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM Sdn. Bhd., Encik Radzuan bin Razali turut menyampaikan ucapan aluan dan berkongsi sumbangan Ketua Pengarah MARA kepada institusi KPTM/UPTM.
Sesi Leadership Talk ini turut dihadiri Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan, Encik Mohd Sahidi bin Yaakob, Ketua Pegawai Kewangan, Puan Azlina binti Yusof, Naib Canselor UPTM, Prof. Madya Dr. Sharifah Syahirah binti Sy. Sheikh, Pengarah Kanan Jabatan Modal Insan, Encik Mohd Yusoff bin Mat Ali, Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat, Encik Mudzir bin Mohamad, Pengarah KPTM Bangi, Encik Ku Mohd Akhir bin Ku Saad, pengurusan tertinggi KPTMSB, pengurusan tertinggi UPTM, pengurusan kolej cawangan dan UPTM, warga kerja KPTM dan UPTM secara online.
#CORPCOM #KKDW #MARA #MARACORP #KPTM #UPTM #towardsnextlevelofexcellence