19

FEB, 2025

SPRM KONGSI MESEJ ANTIRASUAH BERSAMA MAHASISWA KPTM BANGI

PUTRAJAYA, 18 Feb

Seramai 37 Mahasiswa Bachelor of Art, Accounting and Finance (BAAF) Kolej Poly-Tech MARA Bangi diberi pendedahan dengan mesej-mesej antirasuah semasa berkunjung ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini.


Menurut Encik Mohd Aiman Danial bin Khairizan, Ketua Biro Aktiviti (BAAF) Club, lawatan ini amat signifikan dalam memberi pendedahan kepada para mahasiswa tentang skop tugas pegawai penyiasat SPRM dan kepentingan mesej antirasuah dihayati bersama.


Ketibaan rombongan telah disambut oleh pegawai daripada Cawangan Pendidikan disusuli taklimat keselamatan oleh pegawai bertugas. Rombongan kemudian dibawa melawat Konti MACC fm, fasiliti tingkat 7 diikuti sesi taklimat berkenaan VIR, lokap dan kawad cam yang disampaikan oleh PsK Wan Noorul Hisham bin Awang @ Nawi diikuti perkongsian PKPj Wesmorland Anak Ajom berkenaan topik kesan rasuah terhadap kestabilan ekonomi dan reputasi negara.


#SPRMPencegahan
#SPRMMalaysia

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING