Pada 19 Februari 2025 yang lalu telah berlangsungnya sebuah program "Peka Minda, Prihatin Jiwa" yang bertempat di Dewan Terbuka Desasiswa KPTM Bangi.
Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar betapa pentingnya penjagaan masalah mental yang kerap membelenggu pada kalangan remaja masakini.
Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Penghuni Asrama (JKPA) dan telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Tengku Amatullah Madeehah binti Tengku Mohd, seorang pensyarah dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia.
Semoga pelajar dapat mengambil intipati ilmu yang telah disampaikan bagi membendung masalah mental ini dari terus berleluasa.
#kptm #kptmbangi #jomsihatkptmbangi #mentalhealth #mentalhealthawareness #jommasukkptmbangi