28 Februari 2025
ZIARAH KE RUMAH PELAJAR-PELAJAR NON RESIDENT
HEP KPTM Bangi telah mengadakan kunjungan ke beberapa buah rumah pelajar-pelajar yang menyewa di luar iaitu di Pangsapuri Ostia dan Hijauan. Lawatan turut disertai oleh wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Tujuan lawatan ialah untuk memastikan kesejahteraan pelajar, memantau disiplin dan memberi sokongan moral kepada para pelajar.
Sumbangan juga turut disampaikan kepada mereka. Semoga penuntut-penuntut ilmu ini sentiasa dirahmati Allah swt.
#kptmbangi #KPTMOfficial #jommasukkptmbangi #jommasukkptm #amazingkptmbangi