7

MAR, 2025

SINGGAH SAHUR DAN INSPIRATIONAL TALK

Alhamdulillah.

Dengan izinNya telah berlangsung 1 lagi program seterusnya di bawah Ihya’ Ramadhan iaitu ‘SINGGAH SAHUR DAN INSPIRATIONAL TALK’ bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Zon Selatan bermula daripada 4.00 pagi sehingga 12.30 Tengahari.

Sebanyak lebih kurang 400 bungkus makanan untuk bersahur telah diedarkan kepada para pelajar di Open Hall Asrama KPTM Bangi.

Majlis dimulakan dengan Ceramah Subuh yang disampaikan oleh Ustazah Noor Laila Aniza binti Zakaria, CEO Of IBS Excel Training & Consultancy.

Seterusnya, Program Inspirational Talk telah diadakan di Auditorium KPTM Bangi dengan menjemput panel-panel yang hebat iaitu Dr Fauziah binti Hussain bekas Timbalan Ketua Unit Komunikasi Korporat Hospital Besar Kuala Lumpur dan Encik Azrul Ezrulhisham bin Bistamam, Pengarah AE Setia Sdn Bhd. Tidak lupa juga wakil TNB Zon Selatan iaitu Encik Mohamed Syahril Bin Amari, Jurutera Kanan Maintenance (Civil & Mechanical).

Program ini merupakan salah satu daripada gerak kerja Ihya’ Ramadhan yang dianjurkan bersama oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) KPTM Bangi bersama Unit Kaunseling dan Unit Kediaman.

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING