10

MAR, 2025

IMAM DAN BILAL TERAWIH DI LUAR KOLEJ

Salam Ramadhan

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah KPTM Bangi bersyukur kerana terdapat pelajar-pelajarnya terpilih menjadi Imam dan Bilal Terawih di luar kolej.

Antaranya ialah saudara Muhammad Mujahid Bin Halib Hassan, pelajar Program Diploma In Sports Management (Semester 4). Beliau juga merupakan pelajar dari Program Pemerkasaan Huffaz KPTM Bangi. Muhammad Mujahid bertugas sebagai Imam Terawih di Surau Ar-Raudhah, Cheras.

Manakala saudara Muhamad Faris Afham Bin Mohamad Fairudze ialah pelajar Program Diploma In Islamic Banking and Finance (Semester 1). Beliau bertugas sebagai Bilal di Surau al-Mukhlisin Taman Desa Baiduri, Kuala Lumpur.

Tahniah kepada anak-anak ini kerana menyumbang bakti kepada masyarakat.

#kptmbangi #kptm #mppkptmbangi #jommasukkptmbangi #mara #salamramadhan #hepkptmbangi

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING