10

MAR, 2025

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN ASNAF DAN ANAK-ANAK ASNAF KARIAH MASJID SENTOSA

Suasana di sekitar 🌸" Majlis Penyampaian Sumbangan Asnaf dan Anak-anak Asnaf Kariah Masjid Sentosa "🌸 yang telah berlangsung pada hari Sabtu 8.3.2025 di pekarangan Masjid Sentosa. Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Ku Mohd Akhir Bin Ku Saad, Pengarah KPTM Bangi.

Program CSR ini merupakan program kerjasama antara Jabatan Perakaunan Koleh Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi, Masjid Sentosa dan Badan NGO iaitu Kelab Amal Setulus Kasih Malaysia (KASKM). Semoga dengan sumbangan ini bukan sahaja dapat meringankan beban penerima (asnaf), malah menjadi peringatan kepada kita semua bahawa Ramadhan bukan sekadar tentang ibadah puasa dan berbuka tetapi juga mengenai keikhlasan memberi, berkongsi dan menyemai kasih sayang antara masyarakat setempat.❤️

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING