Ihya Ramadan 2025/1446H
10 Mac 2025, Isnin.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan Program Ihya Ramadan 2025/1446H di Dewan KPTM Bangi. Ini merupakan program tahunan dan pada kali ini ianya merangkumi jamuan berbuka puasa, solat maghrib berjemaah, solat terawih dan Majlis Restu Ilmu bagi para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan akhir.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran Tuan Pengarah KPTM Bangi, Encik Ku Mohd Akhir Bin Ku Saad ,Timbalan Pengarah HEP serta para pensyarah. Semoga para pelajar berjaya menjalani ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan tenang menghadapi peperiksaan. Amin ya rabbal alamin.
#mpp #mppkptmbangi #kptmbangi #iftar2025 #ramadhan2025