22

APR, 2025

KPTM BANGI PERLU PERTINGKAT PENGALAMAN PELANGGAN DALAM PELBAGAI ASPEK

KPTM BANGI PERLU PERTINGKAT PENGALAMAN PELANGGAN DALAM PELBAGAI ASPEK
 
21 April 2025, Isnin
 
Pengalaman pelanggan atau customer experience (CX) kini menjadi satu aspek penting yang perlu diberi lebih perhatian oleh institusi pendidikan swasta dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan cemerlang kepada pelajar.
 
Menerusi agenda yang diketengahkan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB), Encik Radzuan bin Razali, dalam siri lawatan kerja bagi suku pertama 2025 di KPTM Bangi, kampus ini perlu mempertingkatkan lagi CX dalam pelbagai aspek bagi mengekalkan nama baik di kalangan pelajar.
 
“KPTM Bangi tidak boleh memandang enteng pada kelebihan CX dalam institusi pendidikan swasta. Memandangkan KPTM Bangi mempunyai kelebihan dari segi ruang kampus yang besar, jadi kampus ini perlu mengambil serius untuk mengekalkan nama baik ini,” kata Encik Radzuan.
 
Antara yang hadir dalam sesi lawatan kerja ini ialah Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan, Encik Mohd Sahidi bin Yaakob, Ketua Pegawai Operasi, Encik Mohamed Saifuddin bin Hussin, Ketua Pegawai Kewangan, Puan Azlina binti Yusof, Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat, Encik Mudzir bin Mohamad, Pengurus Kanan Jabatan Modal Insan, Encik Mohd Yusoff bin Mat Ali, Pengarah Kanan Jabatan Pentadbiran & Pengurusan Aset, Puan Noor Azhani binti Yaacob, Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat, Encik Mohd Asri bin Mohammad, Pengurus Kanan Menjalankan Tugas Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan, Encik Sharul Anuar bin Harun, Pengurus Kanan Seksyen Undang-Undang (Menjalankan tugas Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif), Encik Amir-Ul-Azmi serta barisan pengurusan dan Dekan-Dekan KPTM Bangi.

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING