Kejohanan Futsal MARA HQ & Lembah Klang

Pada 26 Februari 2022 yang lalu telah berlangsungnya Kejohanan Futsal MARA HQ & Lembah Klang yang diadakan di KSL Setapak. Pada kejohanan tersebut sebanyak 16 pasukan telah terlibat dan KPTM Bangi adalah salah satunya. 

Pada peringkat awal saingan kumpulan, KPTM Bangi menjadi juara kumpulan seterusnya melayakkan diri ke pusingan kalah mati dan seterusnya mara ke perlawanan akhir bertemu dengan MRSM Sungai Besar. Pada perlawanan akhir tersebut, kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 2-2 dan membawa kepada penentuan sepakan penalti. Akhirnya, pasukan KPTM Bangi menoktahkan kemenangan dan kejuaraan dengan memenangi sepakan penalti dengan jumlah jaringan 3-1. 

 

Staf KPTM Bangi :

Pengurus :  Bachtiar Juwinda bin Haron

Kapten : Muhammad Syafiq Bin Jaafar

Pemain : Mohamad Syafique bin Faudzil, Mohamed Syafik bin Mohamed Salleh, Ahmad Shairazi bin Abdul Fatah, Mohd Shahrul Hakim bin Mohamad Apandi, Azzarul Syazmir bin Abdul Rasid, Asrul bin Mohd Salleh dan Mohamad Syahir bin Mohd Fouat

 

LAPORAN OLEH : MOHAMAD SYAHIR BIN MOHD FOUAT

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING