Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM) kini dikenali sebagai Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) yang dinaik taraf sebagai Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bertaraf universiti pada 21 Februari lalu. Proses naiktaraf KUPTM ke UPTM kini dalam usaha penjenamaan semula. Sehubungan dengan itu, Pihak Pengurusan & Jabatan Perancangan Korporat KUPTM mempelawa SEMUA STAF/WARGA KERJA & PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI POLY-TECH MARA (KUPTM) dan KOLEJ POLY-TECH MARA (KPTM) yang mempunyai bakat dan idea untuk MENYERTAI PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO UNIVERSITI POLY-TECH MALAYSIA (UPTM) mengikut ketetapan dan maklumat berikut : 

  1. Tempoh Penyertaan Pertandingan : 24 MEI 2022 - 23 JUN 2022   
  2. Borang penyertaan boleh dimuat turun di laman web di : https://www.kuptm.edu.my/images/2022/JPK/BORANG_PENYERTAAN.pdf  
  3. Penyertaan hendaklah dihantar ke alamat e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (Sebarang penghantaran selain alamat e-mel di atas tidak akan diterima)
Bersama ini dilampirkan POSTER DAN MAKLUMAT BORANG PENYERTAAN untuk keterangan lebih lanjut mengenai Syarat/Terma Pertandingan. Sebarang Pertanyaan Tuan/Puan/Siswa/Siswi para pelajar boleh e-mel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Sekian Terima Kasih 
 

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING