23

OGS, 2023

LIGA FUTSAL IPT FASA 2

Liga Futsal IPT Fasa 2 telah melabuhkan tirainya. Kehangatan kejohanan ini dapat dirasai selama lima (5) hari bermula 16-20 Ogos 2023 yang lalu. Fasa 2 ini telah berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim. Pasukan KPTM Bangi dalam saingan Liga Super tidak gentar menghadapi lawan mereka dengan membuktikan 3 menang dan 1 seri dalam 4 perlawanan untuk Fasa 2 ini. Pasukan KPTM Bangi masih terus mengungguli kedudukan pertama Liga Super ini. Manakala pasukan KPTM Bangi dalam Liga Wanita berjaya memperbaiki kedudukan mereka di kedudukan ke-4 liga. Raptor on fire!

Ikuti perkembangan dan berita terkini

Dapatkan informasi terkini terus ke emel anda

TRUSTWORTHY . SYNERGISTIC . CARING